Total Pageviews

Sunday, 24 April 2016

Rumah Pertamaku-Rumah Teres atau Rumah Strata

Assalamualaikum kawan-kawan dan selamat pagi.....

Alhamdulillah diberikan nafas lagi untuk menulis inshaallah yang baik-baik saja..... Posting kali ini anis confius dan berbelah bagi nak beli rumah pertama ni. Sekarang ini rumah adalah satu aset yang untung bila kita nak buat pelaburan masa hadapan.sebab tu anis nak yang terbaik supaya tidak menyesal dikemudian hari. 

Anis ada juga menonton rancangan "sediakan payung sebelum rumah" di Astro Oasis oleh Tuan Bri, his info is very good to whom nak beli rumah pertama atau kedua ketiga dan keempat hehehehe....
dalam rancangan tersebut banyak idea yang boleh kita dapat..pro and conts pilih rumah samaada strata atau landed. actually kedua-dua jenis rumah ni ada advantange and disadvantage tersendiri. cuma kena bijak dan berani membuat pilihan.

Yang anis ingat Tuan Bri ada bagi perbandingan antara rumah strata dan rumah teres.

untuk rumah strata

sumber: pak cik google :)

1) Kotak unit berkongsi dengan orang lain di dalam satu bangunan
2) Perlu membayar maintenance fee every month (Kalau salah seunit tidak bayar penyelenggaraan mungkin terganggu)
3) Kemungkinan perlu berebut parking kereta
4) kena naik tangga if tiada lift
5)Perlu bayar cukai pintu
5) Lebih privacy
6) Harga rumah mampu milik (Murah)

Untuk rumah landed


sumber: pak cik google :)

1) Harga yang agak mahal (RM170k above)
2) Perlu mempunyai nilai kejiranan
3) parking sendiri (xperlu berebut dengan orang lain) tiada masalah jika rumah muat untuk 2 parking
4) Perlu bayar cukai tanah
5) Kurang privacy
6) tak payah naik tangga kalau rumah setingkat
7) Freehold (geran atas nama sendiri)

Bagi anis sememangnya anis lebih suka landed sebab anis pun dilahirkan di kawasan landed hehehe...rumah mak ayah sekarang pun landed lebih selesa...tapi anis tak cakap rumah strata xselesa sebab anis pun pernah duduk lama selama sebulan seminggu di rumah kakak di Seremban dan pengalaman juga menguruskan quarters kilang...jadi rumah jenis strata dan landed sama banyak pro and conts.

Sekarang ni dok tengah buat penilaian tapi xboleh lama-lama rumah ni pantas kilat orang beli...inshaallah ada rezeki Allah akan tolong.

Jadi tunggu keputusannya..untuk next and next posting... inshallah

salam sayang,
hanisah ismail

Tuesday, 5 April 2016

alHaMdUliLlAh...NeW CaRrIer



Assalamualaikum...

actually this posting dah lama nak post tapi kawan-kawan tau je la..terlampau BUSY sampai masa yang diberikan dalam seharian sangat mencemburui penulisan anis....

alhamdulillah....actually pada ogos 2013 anis telah mula pekerjaan baru. Dahulunya hanya seorang kerani admin yang bekerja di sebuah syarikat kecil yang banyak mengajar anis erti kerjaya dan erti kesabaran dalam bidang pekerjaan ni. 

Anis telah ditawarkan bekerja di salah sebuah kilang di Butterworth sebagai Eksekutif Sumber Manusia.....alhamdulillah dah 3 tahun anis menceburi bidang sumber manusia ni. Syarikat yang anis bekerja sekarang adalah sebuah kilang yang rata-rata penduduk lama di kawasan Pulau Pinang kenal dengan syarikat Malaysia Smelting Corporation Berhad di mana satu-satunya kilang yang memproses bijih timah di Malaysia. Kilang ni sudah ditubuhkan lebih 100 tahun oleh British dan sehingga sekarang masih kekal di Jalan Pantai. Kilang ini memproses bijih timah dan dijadikan ingot untuk pasaran luar. 

alhamdulillah....selama tempoh 3 tahun bekerja di Syarikat ini yang bekerja di dalam Jabatan Sumber Manusia banyak mengajar anis erti dunia pekerjaan sebenar yang penuh cabaran....pertamanya adalah industri harmoni di antara majikan dan pekerja perlu diterapkan untuk menjaga hubungan baik yang berpanjangan di dalam sesebuah kerjaya...keduanya ialah knowledge...di dalam bidang sumber manusia kita akan deal dengan pelbagai ragam manusia kita kena kenal perangai manusia kita kena pandai handle manusia...kadang-kala orang melihat bidang sumber manusia ni hanya Jabatan sokongan kepada Syarikat, tetapi sebenarnya tidak sokongan tapi jabatan utama yang menggerakkan Syarikat...tapi perkara ini hanya orang yang berpengetahuan sahaja yang boleh melihat perkara ni. ketiganya ialah office politic....dulu anis berminat nak cuba buat kajian Master berkenaan dengan Office Politic..tapi sangat complicated....anis habiskan Master dengan tajuk  "Hubungan antara Kecerdasan Emosi, Anggapan Sokongan Organisasi dan Tingkahlaku Kewarganegaraan Organisasi dalam Organisasi dengan Prestasi Kerja" di mana ingin melihat sejauh mana hubungan ketiga-tiga ini dengan prestasi kerja terutamanya pekerja kilang....alhamdulillah anis telah mendapatkan satu kajian yang menarik....orang cakap bukan nak jauhkan dari cabaran di dalam membuat tajuk Office Politic tapi tajuk ini sangat mencabar...di dalam mana-mana tempat kita bekerja perlu ada office politic untuk hubungan yang baik. anis tak buat kajian berkenaan dengan Office politic, tetapi anis melaluinya....hati kena kental!!
sumber: google image

sebenarnya bila nak cerita pasal kerjaya sumber manusia ni sangat la meluas....sebab kerjaya ini general....u can be a lawyer, u can be a counselor, u can be a lot of hater, u can be everything....for me bidang sumber manusia ni sangat menarik...every day u can face with the variety of cases in your work place..alhamdulillah i have the best colleagues, the best boss, the best workers and the best carrier. sometimes i am very stress with my job, tapi bila ada kawan-kawan, bos yang memahami yang menghiburkan yang segala-segalanya...i very happy do my task do my job and happy working at MSC....alhamdulillah....sometimes orang akan pandang kita kerja kilang...as a something low class..orang-orang yang cakap macam tu yang low class sebab they do not that we have a lots of benefits here..walaupun orang cakap gaji tak la hebat tapi environment kerja sangatlahhhh seronok...

alhamdulillah apa yang ALLAH tetapkan untuk kita itulah yang terbaikkk...

salam sayang,
hanisah ismail

After 2 years

assalamualaikum....

alhamdulillah....anis ucapkan kepada kawan-kawan semua...about 2 years dah tak bukak blog sendiri...hahaha..busy punya pasai...sampai tak da masa nak menulis....

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah...

cubaan untuk meng "sign in" blog sendiri hampir ke jalan fedup..cubaan demi cubaan berjaya juga....alhamdulillah...inshaallah bermula tarikh ini anis cuba untuk menulis semula selepas tamat pengajian dalam bidang Master Pengurusan Sumber Manusia di Univesiti Utara Malaysia selama 3 tahun...selama ni bukan apa...terlampau busy dengan future study dan new carrier..alhamdulillah tempoh 2 tahun sebelum saya stop menulis kehidupan pelbagai liku-liku bahagia dan derita..alhamdulillah....anis akan cuba berkongsi satu demi satu....harap-harap sudila membaca karangan yang tak seberapa ni.

salam sayang,
hanisah ismail

Monday, 22 July 2013

BuDaK-BuDaK ZaMaN SeKaRaNG

assalamualaikum...
baru harini nak kongsi perangai budak2 zaman la kekadang sakit pulak hati kite neyh..aishhh
 semalam ustaz yang bagi tazkirah dia cakap harini adalah hari yg dia kena tanggung tanggungjawab mendidik budak2 buas...huhuhuh
dia cakap xtaula nak habaQ budak2 akhir zaman neyh....
cikgu masuk kelas depa keluaQ kelas cikgu kuaQ depa masuk
aish sampai xleh nak kata pa..
kalau kata siapla keta ka apa2 kerosakan menimpa huhuhuh

aku pown ada nak kongsi pasal budak2 zaman la neyh...
rumah ak selama aku ddk 24 tahun neyh berapa kali dah kena pecah masuk dah...sampai malas buat report sebab kalau buat pown bukan ada apa2 feedback pown....
rumah aku penah moto 2 3 bijik hilang....buat report tapi nothing
baru2 ni pakaian dalam family hilang kat ampaian..
sebelum puasa dua kali depa baling pakaian dalam yang depa ambik kat rumah
bungkuih macam bola...
ayah xberani nak bukak taku apa2 kan
buang bakaq dalam api...

baru2 ni mak ada teguQ jangan main mercun..mak cik ada anak kecik nak tidoQ
bila teguQ abeh sabun basuh baju yang letak kat belakang rumah depa tuang sepanjang jalan
ya ALLAH khainat betoila budak2 skunk...

teringat prof.muhaya cakap..kekadang anak2 jadi lagutu sebab parents
xtaula..budak zaman la mak pak pown depa leh sepak terajang...
xtaula hal nie xleh cakap banyak sat g kena kita balik
berdoa jela semoga xjadi lebih teruk...


aPaM PoLkAdOT

Assalammualaikum friends...
hahahahahha (gelak dulu)

actually semalam aku try buat apam polkadot sebab teringin makan n kerajinan membuak2....
so ak try la ikut resepi di bawah:
ak lupa ambek kat blog mana tapi sukatan dia agak senang la..xpayah timbang2

3 biji telor
2 1/2 tepung gandum
baking powder 3 sudu kecik
susu cair saji 3/4 cawan
1 sudu ovelete
1 cawan gula halus
esen vanila
pewarna
beg piping
jem strabery


cara2 buat
1) pukul putih telor hingga kembang
2) masukkan kuning telor, ovelete, gula halus,
3) masukkan tepung yang diayak dengan baking powder selang seli dengan susu cair
4) kemudian asingkan beberapa adunan untuk warna lain2
5) masuk kedalam piping beg and picit dalam mangkuk kertas
6) panaskan periuk betol2 mendidihkan dan letakkan kedalam bekas kukus dan 15 minit siap


xdaaa dah siap....tapikan dia jadi kembang mekar and keras huhuhuhuh
xtau napa....
ceQ kat google akak tu cakap...mungkin sebab terlampau pukul kembang sebab tu dia mekar and keras mungkin sebab api kuat or terlalu lama sejukkan

nanti nak try ag lah huhuhuh

sedey toi...xmenjadi first try



TaZkIrAh @ perInGaTaN

assalamualaikum friends...
 ada tak dengar or terbaca yang larangan beri tazkirah semasa solat teraweh?
sebenarnya aku xsetuju dengan ustaz or mufti yang kuarkan kenyataan ni...
ustaz2 yang bagi tazkirah pown xsetuju...
bukan kita nak tunjuk pandai tapi fikir logikla

dalam al-quran pown ada ayat yang suruh kita saling memperingati....
bulan ramadhan la paling sesuai sebab semua orang berpusu-pusu datang masjid sebab nak dapat keberkatan bulan puasa jadi kenapa perlu larang tazkirah?

11 bulan andai xpernah orang dok peringat
takpernah p masjid
tak pernah dengar ceramah
so apasalahnya bulan ramadhan adakan tazkirah?

kekadang orang yang banyak ilmu pown kita nampak ketidak logikkan dia....
kekadang sebab duit orang boley buta
wallahualam

kita mencari kualiti ramadhan bukan kuantiti ramadhan
memang la bulan ramadhan adalah bulan ibadah
tazkirah pown ibadah
orang yang ikhlas memperjuangkan agama ALLAH diorang akan tau...
aku xcakap aku tapi ustaz2 yang ak dengaQ tazkirah bertahun2..

ni salah satu ayat al-quran yang memperingatkan kita


p/s: maaf andai aku tersalah.....ada ayat yang betol2 menyuruh kita saling memperingati tapi dah lupa ayat yg ustaz selalu sebut...maafkan shaye :)

perKoNgSiAn tAzKiRah

Assalammualaikum...
arini hari ke 13 ramadhan..alhamdulillah semoga kita mendapat keberkatan di bulan ramadhan ini....

hari ni rasa macam nak kongsi tazkirah selama pergi teraweh dekat ustaz sobri & masjid saidina abu bakar as-sidiQ penang...
saya just buat rumusan semua tazkirah yang dengar sebab sometimes tazkirah ini benda yang sama sebab kita kena selalu memperingati....

yang saya ingat sehingga harini di surau ustaz sobri di mana tazkirah nya menyatakan bahawa...

(i) didalam sahur itu ada keberkatan so bangunlah minum walaupown seteguk air.

(ii) cerita pada zaman nabi muhammad s.a.w di mana pada satu hari tu nabi muhammad s.a.w naik tiga anak tangga untuk memberi tazkirah kepada sahabat2..dimana setiap anak tangga beliau akan menyebut amin..amin..amin sehingga anak tangga yang ketiga, kemudian sahabat bertanya kenapa engkau menyebut sebanyak tiga kali amin semasa menaiki tangga sebab sahabat xpernah dengar sebelum ini dan nabi muhammad s.a.w menjawab bahawa jibrail datang di depannya dan mendoakan terdapat tiga golongan yang puasanya tidak diterima ALLAH dan jibrail mendoakan kebinasaannya, antara golongan tersebut ialah:
(a) golongan yang hanya berpuasa perutnya sahaja, anggota yang lain seperti telinga, mata, hati dan mulut dia tidak menjaganya
(b) golongan yang mana apabila menyebut namamu (nabi muhammad s.a.w) tidak berselawat atasmu
(c) golongan yang ketiga ialah golongan yang tidak menjaga kebajikan kedua ibu bapanya semasa mereka masih hidup
kemudian nabi muhammad s.a.w meng'amin'kan doa tersebut...
doa nabi muhammad s.a.w adalah paling makhbul.....

jadi peringatan kepada kita supaya tidak tergolong di dalam tiga golongan ini

sementara tazkirah di masjid abu bakar as-siddiQ
(i) oleh kerana sekarang telah sampai ke fasa-2 iaitu fasa keampunan daripada ALLAH so kita kena banyak bertaubat atas dosa-dosa dahulu...kerana fasa ini ALLAH akan mengampunkan dosa kita
TETAPI...
dengan keredhoaan kedua orang ini
siapa orang itu
orang itu adalah kedua IBU & BAPA kita
tanpa keredhaan kedua ibu bapa perbuatan kita sia2.....

ustaz tu jugak ada menyebut tiga golongan yang kita boley nampak pada tibanya bulan ramadhan
(i) golongan yang gembira dengan kedatangan bulan ramadhan dimana dia melakukan ikhlas mengharapkan keberkatan dan kerehaan daripada ALLAH dan ia akan berterusan sehingga abis ramadhan
(ii) golongan kedua adalah golongan yang hanya mencari malam lailatul Qadar iaitu hanya melakukan pada hari yang mempunyai kepentingan dan golongan ini akan melakukan perkara sebelum ramadhan apabila abis ramadhan
(iii) golongan yang benci bila ramadhan tiba dimana golongan ini masih melakukan dosa, maksiat dan tidak berpuasa

p/s: semoga kita tidak berada di dalam golongan yang dimurkai ALLAH inshaallah
mohon maaf andai tersalah di dalam pernulisan



Tuesday, 16 July 2013

Salam Ramadhan

assalamualaikum friends...
harini dah seminggu kita puasa 
alhamdullilah ALLAH bagi peluang merasai bulan puasa pada tahun ni...
cuma mengharapkan segala ibadah yang dilakukan ini diterima ALLAH 
inshaallah amen....

bila tiba bulan puasa mesti kita xkan lupa kenangan puasa masa kecik2 dulukan
he he he
aku pown ada kenangan manis ehh hehehe kenangan masa kecik2 dlu...

dulu aku xingat masa umur berapa aku start puasa 
tapi yang aku ingat masa aku darjah 3 kot
kenangan puasa 
aku bawa makanan masuk bilik...
contoh ayam ka ikan ka aku bawak masuk bilik ha ha ha
ambek time semua orang xdak
masuk bilik ja aku kunci bilik pastu makan cepat2..
segala tulang temulang aku buang kat bawah katil 
hahahaha hodoh betoi perangai
mak dapat tangkap time sapu sampah....
abeh kena marah hahaha
sapa suh xposa kan 

but now alhamdulillah....
xpenah ponteng if tak da keuzuran....

kepada semua selamat berpuasa solat jangan tinggal...


Friday, 5 July 2013

Dr.kHoO pAkAr kULIT

assalamualaikum kawan-kawan.....
harini tetiba nak kongsi pengalaman dengan DR.KHOO si pakar kulit di SUNGAI PETANI
dr.khoo ni dah lama popular disebabkan rawatan dia berkesan dan memuaskan hati...
kalau nak p kena p awai pagi sebab kalau p lambat tunggula korang sampai ke petang hehehehe
kalau nasib baik je boley masuk awal

aku penah sekali jela p cuba rawatan dr.khoo
sangat memuaskan and murah untuk golongan masuk aku la hehehehe
masa tu aku dah p banyak klinik, rawatan manual dan sebagainya tapi xok jugak
at last aku terfikir apa salahnya cuba denan rawatan dr.khoo

masalah aku sebenarnya masalah tumbuh satu bijik kat tapak kaki
memang sangat sakit..nak jalan pown xboley
dah lama tahan..aku xsure ketuat ke apa ke tp memang sangat sakit
then aku xingat berapa haribulan
tp time tu aku still student la
ingat lagi p kelas kena pakai kasut tutup
ya allah memang seksa..sakit hanya tuhan ja tau huhuhuh

then aku p ngan mak ayah
p awai dah tu tp petang jugak masuk
pegi sana dia akan minta ic n nombor belakang ic kita as nombot pendaftaran kita
so tunggula sampai giliran aku

then masukla....dr lelaki cina.....
aku xsure tu ka dr.khoo or x hahahaha..xpala
then mula ketaQ dia kata nak bt pembedahan kecilan....adoi dah ketaQ dah neyh
tengok2 aku duduk atas kerusi biasa tu..angat kaki kat dia
dia letak ubat apa ntah bagi sejuk bius kot....
pastu dia cungkil...ha SENANG!!!
siap la pembedahan kecil aku tu hahahaha
xsakit pown...

after that kuar nak ambek ubat sikit untuk sapu
pastu kena bayar RM70.00 sahaja!!!
murah sangat
sebab apa aku kata murah?
sebab aku p tny klinik lain dia suruh bayar rm 200.00 untuk pembedahan kecil
wow sangat mahal..so xjadila..

skunk kaki aku dah okey selamanya
alhamdulillah..ALLAH permudahkan....hehehehe

p/s: lepas ni nak p untuk rawatan muka lak..org cakap rm70 above jugak....xpa untuk kepuasan drpd beli produk beratus2 tapi xdak apa pown huhuhu...doakan aku murah rezeki na..na

Friday, 17 May 2013

KeNApa aKu?

kenapa aku?
ada pro and cons

kenapa aku yang diduga? 
Sebab ALLAH sayang mungkin
sebab ALLAH nak aku insaf mungkin

kenapa aku melayan?
sebab tak mo dianggap sombong
sebab nak ramaikan kenalan

kenapa aku susah buat keputusan?
sebab aku inginkan keputusan yang aku puas
sebab aku xnak nelaku kesilapan lalu

kenapa aku lambat bagi keputusan?
sebab aku xnak kau terluka dengan kesetiaanku
sebab aku xnak dituduh playgirl

kenapa aku sedih, sayang dan kesian?
sebab ALLAH yang bagi perasaan ini

kenapa pengorbanan ku xdihargai?
sebab kau xpenah menghargai pengorbanan dirimu sendiri
sebab kau terlampau menjaga hati manusia dikelilingmu

kenapa aku?
sebab kau nor hanisah



kU ReLaKaN kAu pErGi

assalamualaikum friends.....
harini saja perasaan nak jiwang...
best jugak lagu ni....
selalunya lagu yang kita suka ada kena mengena dengan hidup kita kan...so
layan....

indahnya sewaktu kita bersama
terasa disyurga
engkaula sinar cahaya ilhamku
penawar kedukaanku

sehingga kini ku masih terbayang
ketika bermadu cinta
tak daya ku melupakan segalanya
kenangan cinta kita

(corus)
setelah.... ku kehilangan dirimu
seluruh....hidupku kegelapan
tanpa...kasih sayang darimu
aku tenggelam dan karam dilautan

cinta...suci....
biarlah ia pergi
demi kebahagiaanmu
kurelakan dikau pergi dariku

oh kasih mengertilah hatiku ini yang terluka
nantikan ku dipintu syurga
hanya air mata menjadi teman hidupku

p/s: jangan menagis ea...:P





Thursday, 9 May 2013

OK!! jAuH kEtInGgAlAn

assalamualaikum friends.....
wah agak lama xpost ea...bz dengan angan2 hahahha
padahal malas tersangatla amat adeyh ....hahahaha

okey post kali neyh about KAWEN!!
ha!! this month ramaila kawan2 ku kawan meninggalkan ak yang masih bujang trang tang...tang... neyh hahaha
kesian kan umur dah 25 tahun eh belum ag baru 24 tahun 6 bulan 7 hari 
hahahha nak jugak...

awal bulan 3 orang kenalan rapatku dah kawen...
alhamdulillah semua dah menempuhi alam percintaan, pertunangan and happy ending perkahwinan
semua orang nakkan...
aku doakan semoga mereka bahagia hingga akhir hayat.....
amen...

jom tengok pic yg aku ambek 
just for memorized hahaha..




tak baik..TaK BaIk

no..no..no....jangan..jangan..jangan...
org cakap hidup ni jangan la sampai mendabik dada....pandang ke langit xtengok bawak tanah.....
bila diri dah rasa betol jangan dok mengkondem org....
aku paling benci org yg suka mengkondem org...
diri sendiri pown penah rasa dikondem so rasa pulak bila kita mengkondem org..
tapi bila xpenah rasa xpalah....ALLAH xtunjuk lagi.....

bila kita sentiasa diatas kita xkan pernah rasa perasaan org dibawah
bila kita dibawah tetiba naik keatas dan xjadikan ikhtibar tu org lupa diri....

setiap words yang kita post kan kuar kan 
kalau ada yg xsedap didengar boleh jadi dosa...
sbb apa dosa pada yg dengar ngan yang kata
yang dengar dia pown nak menyuarakan..menyuarakan dengan perasaan marah....

so kalau nak menegur ada cara...bukan begitu caranya..sebab tu ak kata we have strength and weaknesses 
gunakan kekuatan kita menakluk kelemahan org lain

bukannya post..pastu nak persetujuan org nak like beratus2 tanpa sedar ada yg terasa
itu pown satu dosa....

#aku pown ada kelemahan so kelemahan ak suarakan kat sni..sapa nak tegur leh msg or apa...sbb dgn mengaibkan org pown satu dosa ingat tu#

sUdAh-sUdAhLa....

assalamualaikum.....
okey hari khamis 9hb april 2013.....
pilihanraya pown dh berlalu 4 hari....
so....
kepada yang rasa meluat org dok post politik or apa2 yg berkaitan.....
benda yg paling senang unclick la show in new feed tu....

bila ang pown mengeluarkan kata2 yg org rasa annoying
ang la yg menyebabkan org bergaduh or so on....

so kalau xsetuju diam2...xpayahla melalak bagai...
ure so annoying.....

skunk ni buat isu rasis....
dok ckp melayu gaduh cina india maju.....
so kalau ang xsuka mcm tu ang jgnla masukkan isu hasutan...
tu bukan nak selesaikan masalah tu nak bikin masalah...
nak kata bodo pandai belajaq sampai universiti...

okey satu lagi bab post kerohanian semua...
pown nak bising....ang xhipokrit xyahla habaq kat org..org pown xmo tau kata ang tu hipokrit
manusia ni ada kelemahan so kelemahan dia yg tu...
kekuatan dia dgn kerohanian sbb dia islam....


Thursday, 28 March 2013

mAtI KuTu

assalamualaikum friends.......
bulan nie aku asa macam tersangat bosan oleh kerana aku tengah MATI KUTU 
hahahaha

apa perasaan korang n apa yg korang buat bila NO MONEY
MONEY..MONEY...MONEY
bhahahahaha gilosss....

bulan ni aku mati kutu sebab duit mybrain 15 xmasuk ag n PTPTIPU xmasuk ag
streesssnyaaaa hohohoh......
PTPTN bukan korang nak bagi biasiswa korang nak kami bayar balik tu pown lembab macam siput vavi.....
kalau org lambat kalut la nak blacklist
stupidoooo.....

aihhh.....malu dah aih nak meminjam kat family neyh
this week ada kelas ag...
aku sekurang2 kena spend 100 nak p sana duhai sintok,....huhuhu
disebabkan PTPTIPU yg ntah bila nak masuk 
aku tebaikan muka ambek duit mak ayah bagi
adehla....
donia2.....

aku sedey lagi2 bila ada org xpaham situasi aku
aku bukan nak tunjuk susah..
so xperlula nak offer nak suh bagi LOAN.....
aku ada family la der....
aishhh tensen aku....

so skunk  MONEY its important thing
sebab DUIT pown aku leh gadoh ngan org
sebab duit tu SYAITONNNN
ye dok...
bhahahaha

k....bai...:/

p/s: muka mati kutu...wakakaka gilos!!!!

Wednesday, 20 February 2013

pEnInDaSaN

Assalamualaikum friends...
harini mood macam kelaut ja huhuhuh....
dengan keja dengan study dengan hati macam2 ag...

tensionnya keja kat sini..mmgla mana2 tempat pown sama...
tapi ak rasa tertindas keja sini..
orang yang xrasa dia xtau....

penah dengaq kata2 sahabat...
bila awak dah start cuba masuk dapat life saya...
awak akan bunuh diri awal lagi....
aku bersyukur sebab ALLAH bersama aku...
walaupun sometimes ak rasa hurmmm....(xbaeklak)

ak bersyukur what i get tapi...
bila dugaan hidup tu datang...pertimbangan sebagai manusia kekadang ak hilang

sebab tiada siapa yg ak rasa faham ak....
sebab tu ak selalu menyuarakan isi hati ak...
sebab tu ak ada blog..sebab orang xfaham situasi aku.....

p/s: entahlah mood dah kelaut ak xtau perasaan ak skunk neyh

pErAnGaI PeLiK

Assalamualaikum friends 
sapa yang perangai pelik..tetiba ja...haha
ME la perangai pelik yang mungkin orang xda kot....

perangai ak..
kalau ak marah ak sebak marah orang sambil menahan nangis haha..
lawak2....org pown xtakut kalau cam tu ekekeke
sbb tu ak xleh jadi cikgu....hahaha
malu2....

ak kalau xsuka sesuatu ak xkan gtau ak xsuka
tapi ak akan action melalui perbuatan yang ak xsuka...
contoh ak xsuka seseorang tu....
ak bt2 sibuk hahahaha...

satu lagi perangai yang membolehkan orang ambik kesempatan 
orang mintak tolong
aku mesti kata YA
xpenah membantah...
kawan2 ak juga cakap
"ang neyh xpenah kata TIDAK kalau orng mntk tolong"
sebab ak dilahirkan xnak bagi org lain susah..
selagi ak boleh ak akan usaha....
sampaikan ak sanggup korbankan kepentingan diri aku....
sampai masa ak rasa tertipu
tapi ak xpenah membantah.....

p/s:itulah AKU yang berperangai pelik huhuhu....

OmG!! CiNtA TeRLArAnGkAh?

Assalamualaikum friends & good monink.....
hari nie tetiba tersedar yang selama 4tahun 9 hari  aku terjebat dalam cinta terlarang.....
bukan cinta sejenis hahaha...
no..no..no
tapi mencitai sahabat sendiri......

ceritanya begini...
masa aku sem 2 kat uum ingat ag 11.2.2009 aku di hubungi seorang lelaki..
masa tu ak dah 2 tahun hidup sendiri tanpa cinta (cewahhahaha)
ada sorang mamat ni call...nak kenalan bagai...
lama jugak dia mencuba lelama hati ak terpikat....
sebab dia seorang penyayang sangat panggil ak "syg" 
so bagi ak mcm couplela..ak xsure dia mintak couple ke x dah lama haha

then dia cerita masalah semua dia kongsi...ak ok terima seadanya
penah sekali dia penah kwn balik dgn xgf dia...
so ak okla sbb kami baru ak ingat nak stepback dah tp hati wanita kan mudah cair...
then ak penah jugak kena maki ngan gf dia tu...
dia pown xpenah ngaku yang ak awek dia..

sedeykan...
tapi skunk dah 4tahun kami kenal.....
lamakan ak tunggu cinta dia...tapi tetap ak xdipandang....
ak selalu marah hati ak kenapa hati buat tuan diri macam neyh...xkesian ka
dia selalu cerita pasal awek dia....
skunk ni baru aku sedar yang dia anggap ak kawan ja....

p/s: so wanita jangan terpedaya dengan penyayang seseorang lelaki....

Monday, 4 February 2013

AdiLkA

assalamualaikum kawan2...
anis nak share sikit pasal keja n gaji neyh...
arini anis rasa sedih n dah pown nangis....
ada ke patut bos naikkan gaji sesetengah staf dia saja...
kenapa kami yang lain bukan staf dia
kami buat keja senang ka?

anis tau anis buat keja ofis...
semua anis buat dari gaji....pastu claim 
invois, purchasing semua buat...
tapi mayb bagi bos tu keja senang
xpayah berpanas n hujan

kalau saya tinggal keja2 neyh mampu ke diorang buat...
suruh buat sikit pown dah pening...
saya ni mengadap tiap2 hari
dulu mmg saya ikhlas buat sebab nak berkat 
tapi sejak jadi mcm ni 
siyes saya betol2 xsemangat...
betol xtipu....

Orang yang xrasa diorang boleh cakap ada orang lain lagi susah
ye..anis tau ramai lagi yang lebih susah
tapi ada diorang tau kesusahan tu macam mana
yang xrasa bolehla cakap...
bolehla kondem
tapi yang rasa periy neyh....
semua xnak hadapinya
tanya je sapa2 pown....

*ya ALLAH kau kuatkanla hatiku untuk menghadapi semua dugaan mu ya ALLAH*


Tuesday, 22 January 2013

aKu nAk gEmUK....

aku nak GEMOK!!!!
apakah....hahahahaha
gila 
orang nak kurus ak nak gemuk hahahahha

bukan apa bila terdengaq skrip dalam setia hujung nyawa
yang lelaki xsuka perempuan keding macam aku mmg tercabar la kot
hahahaha

aku sebenaqnya tengah berusaha xmakan apa2 supplement untuk selera makan 
or untuk mengurangkan metabolisme neyh
just makan ikut sedap
kalau nak makan makan
kalau xnak xnak la hehehe sbb tu xgemuk2 ekekeke

tapi sejak dua menjak neyh ada macam2 supplement makanan yg boleh naikkan berat badan
wah macam menarik....
tapi confident diri tu mcm x ja...
sbb takut effect huhuhu
cana???!!!!

tapi orang cakap belum cuba belum tau ehehehe 
kan??!!!