Total Pageviews

Tuesday 22 January 2013

aKu nAk gEmUK....

aku nak GEMOK!!!!
apakah....hahahahaha
gila 
orang nak kurus ak nak gemuk hahahahha

bukan apa bila terdengaq skrip dalam setia hujung nyawa
yang lelaki xsuka perempuan keding macam aku mmg tercabar la kot
hahahaha

aku sebenaqnya tengah berusaha xmakan apa2 supplement untuk selera makan 
or untuk mengurangkan metabolisme neyh
just makan ikut sedap
kalau nak makan makan
kalau xnak xnak la hehehe sbb tu xgemuk2 ekekeke

tapi sejak dua menjak neyh ada macam2 supplement makanan yg boleh naikkan berat badan
wah macam menarik....
tapi confident diri tu mcm x ja...
sbb takut effect huhuhu
cana???!!!!

tapi orang cakap belum cuba belum tau ehehehe 
kan??!!!  

LiRiK TErBaIk


last minute-maafkan aku

dan apa yang
kau mahu dariku
telah lamaku kata yang
ku cinta sepenuh hatiku

sampai bila harus
aku menunggu cintamu
dan pabila ku sedari
kaulah yang pertama....kucintai

maafkanlah diri ini
jika takdir menjemputku 
dahulu hanya saat ini
yang dapat menemaniku

dengarkanlah sekali lagi
jika kau tak percaya
pada diriku bilaku berkata
i said i love u...

maafkan aku...
oh maafkanku....

SeTiA HuJUnG NyAwa

Assalamualaikum friends....
wah skunk neyh semua peminat korea tengah mengadap "setia hujung nyawa"
wahahahahaha.......
sebab cita tu ala2 korea la hahahhaha

dlu aku macam pelik....aish awatla kwn2 dok angau setia hujung nyawa
rupanya best kot....
hahahaha...

cerita dye pasal bercinta selepas kawen....
best...hahahaha....
tapi setiap dugaan pasti ada....

kawan pown boley makan kawan...
sebaik mana pown kawan....
kawan yang betol2 ikhlas dye xkan tikam kawan dye dari belakang....

geram pulak kat hadi dalam cite neyh...adeyh...huhuhu

okey selamat menonton hahahaha.....


Tuesday 8 January 2013

kAsIhAnILA WaNiTa

Assalamualaikum friends....
ada tak dengar kes student india yang kena rogol sampai mati.....
jahatnya mereka.....
kejamnya...
semoga ALLAH membalas....

bawah ni ada cerita dia....

KEJAM...!

Anda dah dengar kisah seorang rakyat India yang dirogol beramai-ramai dan dibunuh dengan kejam. 

Fakta kejadian:

Nama beliau Damini.
Beliau seorang pelajar.
Baru berumur 23tahun.
Kesilapan dia hanayalah sebab tersalah naik bas.
Oh yer.... DIA HANYA SEORANG GADIS biasa yang lemah.
6 orang lelaki yang merogolnya dan salah seorang menggunakan batang besi merodok dan mengoyakkan kemaluannya.
Usus kecil dan usus besar terkeluar akibat perbuatan itu.
Dicampak dari bas dengan tujuan supaya dia mati.
Dibiarkan ditepi jalan.
Telanjang.
Cedera parah.
Terdedah.
Lebih teruk lagi tiada siapa yang mahu membantunya.
Tiada seorang pun yang kisah untuk menghulurkan bantuan walaupun sehelai kain untuk menutup badan beliau.
Dia tidak akan mempunyai kehidupan perkahwinan yang normal lagi.
Dia koma sebanyak 5 kali sejak 16 Disember2012
Tidak sedar-sedarkan diri.
Dalam keadaan kritikal dan tak berhenti menangis.

Tapi jangan risau buat tak tau aje...
Dia bukan kakak kita.
Dia bukan adik perempuan kita.
Dia bukan anak perempuan kita.
Tapi perkara boleh terjadi.
Kekejaman ni harus dihentikan segera.

Sipelaku harus dihukum dengan teruknya akibat perangai kurang ajar mereka.
Si mangsa mati pada hari Sabtu 28/12/2012
Semoga rohnya aman (RIP)
Semoga pembunuhnya mendapat hukuman yang seteruk-teruknya.
Perkara ini berlaku di India tapi boleh berlaku juga di negara kita dan di seluruh dunia.
Beginikah caranya kita melayan wanita dan apabila perkara ini berlaku membuatkan kita semua rasa malu kerana manusia gagal melindungi wanita.

Sekiranya anda bersimpati dengan kematian dan menentang kejadian rogol yang berlaku terhadap mangsa....sila komen atau setidak-setidaknya komen R.I.P.

Tapi sekiranya anda tidak kisah dan menyokong perogol-perogol tersebut "Buat Tak Tahu je".

p/s: Menurut jiran-jirannya Damini akan berkahwin Febuari 2013 nanti dan telahpun bershopping untuk perkahwinannya.


by 

wAnTeD

assalamualaikum friends...
semalam ada kes banduan lari dari tahanan kat bagan, penang....
sangat takut skunk sebab dapat info diorang berada di kawasan berdekatan dengan rumah anis...
taman guar perahu, mengkuang dan penanti....
adeh...hope semuanya selamat
sebab diorang cakap diorang bahaya...
semoga ALLAH lindungi kami amen....

bawah ni ada berita tu...
sapa yang tengok tv berita pown ada sebut....

4 polis dibelasah tahanan, sembur serbuk lada

BUTTERWORTH - Empat anggota polis cedera dibelasah sembilan tahanan ketika dalam perjalanan ke Kompleks Mahkamah Butterworth dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi semalam.

Kesemua mereka akan menghadapi prosiding perbicaraan pagi semalam.

Tahanan berkenaan kemudiannya meninggalkan empat anggota pengiring itu di tepi jalan sebelum bertindak melarikan van polis dinaiki untuk meloloskan diri.

Dalam kejadian di susur keluar ke Pantai Bersih itu, pemandu van polis berkenaan yang dikenali sebagai Nazzwan cedera parah di kepala akibat dihentak dengan gari.

Manakala tiga lagi rakan setugasnya cedera ringan di kepala dan beberapa bahagian badan masing-masing selepas dibelasah tahanan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kejadian itu berlaku ketika keempat-empat anggota polis dari unit pengiring Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (IPD SPU) dalam perjalanan ke Mahkamah Butterworth.

“Kesemua mereka dalam keadaan bergari diambil sebelumnya dari Penjara Pulau Pinang untuk proses reman dan pertuduhan berkaitan kes bunuh, samun dan mencederakan orang.

“Pemandu van ditemani seorang anggota duduk di hadapan manakala dua anggota pengiring duduk di bahagian hadapan tengah van mengawasi semua tahanan yang ditempatkan di bahagian belakang,” katanya.

Menurut Datuk Abdul Rahim, ketika van melalui Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) berhampiran Bagan Ajam, beberapa OKT (orang kena tuduh) berpura-pura bergaduh sesama sendiri menyebabkan pemandu van memberhentikan kenderaan itu bagi meleraikan pergaduhan tersebut.

“Ketika itulah salah seorang OKT melempar serbuk cili ke arah salah seorang anggota polis menyebabkan berlaku pergelutan antara polis dan OKT.

“Pada masa yang sama, beberapa orang OKT bertindak menendang kesemua anggota polis berkenaan keluar dari kenderaan itu selain membelasah mereka di tepi jalan,” katanya.

Rahim berkata, OKT terbabit kemudiannya merampas kunci gari dari salah seorang anggota polis sebelum menaiki semula van dan melarikan diri bersama kenderaan itu.

Beliau berkata demikian semasa ditemui di Hospital Seberang Jaya (HSJ) dekat sini semalam ketika melawat keempat-empat mangsa berkenaan yang menerima rawatan.

Kejadian yang berlaku kira-kira dua kilometer dari Kompleks Mahkamah Butterworth itu bagaimanapun sempat dilihat oleh pengguna jalan raya yang kemudiannya memberikan bantuan kecemasan kepada anggota terbabit sebelum semuanya dihantar mendapatkan rawatan ke HSJ kemudiannya.

Menurut Abdul Rahim lagi, sejurus menerima laporan berhubung kejadian itu, polis telah melancarkan gerakan mengesan van dan OKT yang terlibat.

“Tidak sampai 30 minit selepas operasi dilancarkan, pihak kita menemui semula van itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Cempedak, Tasek Gelugor iaitu kira-kira 20 kilometer dari lokasi kejadian.

“Semasa ditemui dua OKT masih berada di lokasi van itu dan tidak mengikuti tujuh rakan mereka yang dipercayai melarikan diri ke kawasan ladang kelapa sawit di sekitar kampung berkenaan,” katanya.

Menurutnya, polis kini menjejaki Mohd Sharimy Md Nor, 28; Farid Akhtar 24; Mohd Khairul Nizam Abdul Rani, 25; Hamizani Harun, 37; Hisham Abd Rahman, 39; Mohd Fairuz Adam, 31; dan Mohd Noor Mustafa, 28.

“Kita telah melancarkan gerakan mengesan kesemua OKT yang melarikan diri termasuk mengadakan sekatan jalan raya di beberapa kawasan di sekitar Tasek Gelugor.

“Kita juga minta kerjasama orang awam melaporkan kepada polis sekiranya mereka ternampak atau mengetahui lokasi OKT ini bersembunyi dan jangan mengambil tindakan sendiri atau cuba menahan kerana mereka merbahaya,” katanya.

Rahim menambah, keempat anggota polis berkenaan akan dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 223 Kanun Keseksaan kerana cuai dan Seksyen 224 kanun sama kerana membiarkan tahanan lari dari jagaan yang sah.

Manakala tujuh suspek terbabit dicari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun dan mencederakan.

Katanya, jika kelalaian menjadi puncanya hingga OKT terbabit berjaya meloloskan diri pihaknya akan mengambil tindakan ke atas empat anggota pengiring terbabit.

Monday 7 January 2013

BeGiNiNg oF 2013

Assalamualaikum frendz....
selamat tahun baru 2013....

macam biasa kehidupan tetap berjalan.....
perjalanan hidup sentiasa berpusing macam roda.....
sometimes kita happy sometimes kita sedey....

permulaan tahun dengan permulaan yang sedih.....
harap dipenghujungnya ada kebahagian....
sedih dan gembira diri yang tentukan....
bila kita tentukan untuk sedih kita akan sedih....

tapi kesedihan tu xdapat dibendung...
sebab tu orang akan bercakap dengan hati
"sabarlah duhai hati"

mungkin bermaksud sabarla hati ada kebahagian dan kebenaran dipenghujungnya.....
inshaallah...

anis pown mengharapkan macam tu....:(


kuNiNg

assalamualaikum......
nak cita pasai kaler @ warna @ colour hehehe
kuning?? 
warna diraja...warna kegemaranaku.....
kuning ni ibarat macam jodoh anis...
dari sekolah rendah sampai sekolah menengah mesti dapat rumah kuning...
sampaikan boleh menjadi feberet kaler larh...:)

actually kuning ni ada maksud dye tersendiri...
xtaula dari pembacaan orang yang suka kuning neyh ada sifat tersendiri
iaitu
insting dye kuat
dye selalu dapat rasa apa yang jadi

my experience betol...tp mungkin kebetulan waallahua'lam...
contohnya
kalau orang post kutuk2 den..den dapat rasa
bila ditanya betol...
bila orang tipu den
pown dapat rasa...tapi selalu jugak kena tipu....

hurmmmm...sometimes hati neyh pown boleh memakan diri jugak....




aDaT DiTuKaR SuNnAh

Assalamualaikum friends....
dalam perkAhwinan banyak yang mengutamakan adat berbanding sunnah....
so kalau xboley buat semua sikit pown dah macam leh dapat pahalakan....
anis ada terbaca satu page kat facebook iaitu "islam itu indah"
terpandang satu nasihat yang menyuruh kita tukar adat kepada sunnah..
dapatla sikit pahala dalam permulaan perkahwinan..

page tu menasihati 
adat mencium dahi isteri selepas akad nikah boleh ditukarkan dengan laksanakan sunnah rasulullah s.a.w
iaitu meletakkan tangan di atas ubun isteri sambil membaca doa ini
yang maksudnya:

"ya allah, aku bermohon kepadamu kebaikannya dan kebaikan yang engkau ciptakan padanya
dan 
aku berlindung padaMU daripada keburukannya dan keburukan yang engkau ciptakan padanya
(abu daut, ibn majah-hadis sahih)"