Total Pageviews

Sunday 24 April 2016

Rumah Pertamaku-Rumah Teres atau Rumah Strata

Assalamualaikum kawan-kawan dan selamat pagi.....

Alhamdulillah diberikan nafas lagi untuk menulis inshaallah yang baik-baik saja..... Posting kali ini anis confius dan berbelah bagi nak beli rumah pertama ni. Sekarang ini rumah adalah satu aset yang untung bila kita nak buat pelaburan masa hadapan.sebab tu anis nak yang terbaik supaya tidak menyesal dikemudian hari. 

Anis ada juga menonton rancangan "sediakan payung sebelum rumah" di Astro Oasis oleh Tuan Bri, his info is very good to whom nak beli rumah pertama atau kedua ketiga dan keempat hehehehe....
dalam rancangan tersebut banyak idea yang boleh kita dapat..pro and conts pilih rumah samaada strata atau landed. actually kedua-dua jenis rumah ni ada advantange and disadvantage tersendiri. cuma kena bijak dan berani membuat pilihan.

Yang anis ingat Tuan Bri ada bagi perbandingan antara rumah strata dan rumah teres.

untuk rumah strata

sumber: pak cik google :)

1) Kotak unit berkongsi dengan orang lain di dalam satu bangunan
2) Perlu membayar maintenance fee every month (Kalau salah seunit tidak bayar penyelenggaraan mungkin terganggu)
3) Kemungkinan perlu berebut parking kereta
4) kena naik tangga if tiada lift
5)Perlu bayar cukai pintu
5) Lebih privacy
6) Harga rumah mampu milik (Murah)

Untuk rumah landed


sumber: pak cik google :)

1) Harga yang agak mahal (RM170k above)
2) Perlu mempunyai nilai kejiranan
3) parking sendiri (xperlu berebut dengan orang lain) tiada masalah jika rumah muat untuk 2 parking
4) Perlu bayar cukai tanah
5) Kurang privacy
6) tak payah naik tangga kalau rumah setingkat
7) Freehold (geran atas nama sendiri)

Bagi anis sememangnya anis lebih suka landed sebab anis pun dilahirkan di kawasan landed hehehe...rumah mak ayah sekarang pun landed lebih selesa...tapi anis tak cakap rumah strata xselesa sebab anis pun pernah duduk lama selama sebulan seminggu di rumah kakak di Seremban dan pengalaman juga menguruskan quarters kilang...jadi rumah jenis strata dan landed sama banyak pro and conts.

Sekarang ni dok tengah buat penilaian tapi xboleh lama-lama rumah ni pantas kilat orang beli...inshaallah ada rezeki Allah akan tolong.

Jadi tunggu keputusannya..untuk next and next posting... inshallah

salam sayang,
hanisah ismail

Tuesday 5 April 2016

alHaMdUliLlAh...NeW CaRrIer



Assalamualaikum...

actually this posting dah lama nak post tapi kawan-kawan tau je la..terlampau BUSY sampai masa yang diberikan dalam seharian sangat mencemburui penulisan anis....

alhamdulillah....actually pada ogos 2013 anis telah mula pekerjaan baru. Dahulunya hanya seorang kerani admin yang bekerja di sebuah syarikat kecil yang banyak mengajar anis erti kerjaya dan erti kesabaran dalam bidang pekerjaan ni. 

Anis telah ditawarkan bekerja di salah sebuah kilang di Butterworth sebagai Eksekutif Sumber Manusia.....alhamdulillah dah 3 tahun anis menceburi bidang sumber manusia ni. Syarikat yang anis bekerja sekarang adalah sebuah kilang yang rata-rata penduduk lama di kawasan Pulau Pinang kenal dengan syarikat Malaysia Smelting Corporation Berhad di mana satu-satunya kilang yang memproses bijih timah di Malaysia. Kilang ni sudah ditubuhkan lebih 100 tahun oleh British dan sehingga sekarang masih kekal di Jalan Pantai. Kilang ini memproses bijih timah dan dijadikan ingot untuk pasaran luar. 

alhamdulillah....selama tempoh 3 tahun bekerja di Syarikat ini yang bekerja di dalam Jabatan Sumber Manusia banyak mengajar anis erti dunia pekerjaan sebenar yang penuh cabaran....pertamanya adalah industri harmoni di antara majikan dan pekerja perlu diterapkan untuk menjaga hubungan baik yang berpanjangan di dalam sesebuah kerjaya...keduanya ialah knowledge...di dalam bidang sumber manusia kita akan deal dengan pelbagai ragam manusia kita kena kenal perangai manusia kita kena pandai handle manusia...kadang-kala orang melihat bidang sumber manusia ni hanya Jabatan sokongan kepada Syarikat, tetapi sebenarnya tidak sokongan tapi jabatan utama yang menggerakkan Syarikat...tapi perkara ini hanya orang yang berpengetahuan sahaja yang boleh melihat perkara ni. ketiganya ialah office politic....dulu anis berminat nak cuba buat kajian Master berkenaan dengan Office Politic..tapi sangat complicated....anis habiskan Master dengan tajuk  "Hubungan antara Kecerdasan Emosi, Anggapan Sokongan Organisasi dan Tingkahlaku Kewarganegaraan Organisasi dalam Organisasi dengan Prestasi Kerja" di mana ingin melihat sejauh mana hubungan ketiga-tiga ini dengan prestasi kerja terutamanya pekerja kilang....alhamdulillah anis telah mendapatkan satu kajian yang menarik....orang cakap bukan nak jauhkan dari cabaran di dalam membuat tajuk Office Politic tapi tajuk ini sangat mencabar...di dalam mana-mana tempat kita bekerja perlu ada office politic untuk hubungan yang baik. anis tak buat kajian berkenaan dengan Office politic, tetapi anis melaluinya....hati kena kental!!
sumber: google image

sebenarnya bila nak cerita pasal kerjaya sumber manusia ni sangat la meluas....sebab kerjaya ini general....u can be a lawyer, u can be a counselor, u can be a lot of hater, u can be everything....for me bidang sumber manusia ni sangat menarik...every day u can face with the variety of cases in your work place..alhamdulillah i have the best colleagues, the best boss, the best workers and the best carrier. sometimes i am very stress with my job, tapi bila ada kawan-kawan, bos yang memahami yang menghiburkan yang segala-segalanya...i very happy do my task do my job and happy working at MSC....alhamdulillah....sometimes orang akan pandang kita kerja kilang...as a something low class..orang-orang yang cakap macam tu yang low class sebab they do not that we have a lots of benefits here..walaupun orang cakap gaji tak la hebat tapi environment kerja sangatlahhhh seronok...

alhamdulillah apa yang ALLAH tetapkan untuk kita itulah yang terbaikkk...

salam sayang,
hanisah ismail

After 2 years

assalamualaikum....

alhamdulillah....anis ucapkan kepada kawan-kawan semua...about 2 years dah tak bukak blog sendiri...hahaha..busy punya pasai...sampai tak da masa nak menulis....

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah...

cubaan untuk meng "sign in" blog sendiri hampir ke jalan fedup..cubaan demi cubaan berjaya juga....alhamdulillah...inshaallah bermula tarikh ini anis cuba untuk menulis semula selepas tamat pengajian dalam bidang Master Pengurusan Sumber Manusia di Univesiti Utara Malaysia selama 3 tahun...selama ni bukan apa...terlampau busy dengan future study dan new carrier..alhamdulillah tempoh 2 tahun sebelum saya stop menulis kehidupan pelbagai liku-liku bahagia dan derita..alhamdulillah....anis akan cuba berkongsi satu demi satu....harap-harap sudila membaca karangan yang tak seberapa ni.

salam sayang,
hanisah ismail