Total Pageviews

Monday 22 July 2013

BuDaK-BuDaK ZaMaN SeKaRaNG

assalamualaikum...
baru harini nak kongsi perangai budak2 zaman la kekadang sakit pulak hati kite neyh..aishhh
 semalam ustaz yang bagi tazkirah dia cakap harini adalah hari yg dia kena tanggung tanggungjawab mendidik budak2 buas...huhuhuh
dia cakap xtaula nak habaQ budak2 akhir zaman neyh....
cikgu masuk kelas depa keluaQ kelas cikgu kuaQ depa masuk
aish sampai xleh nak kata pa..
kalau kata siapla keta ka apa2 kerosakan menimpa huhuhuh

aku pown ada nak kongsi pasal budak2 zaman la neyh...
rumah ak selama aku ddk 24 tahun neyh berapa kali dah kena pecah masuk dah...sampai malas buat report sebab kalau buat pown bukan ada apa2 feedback pown....
rumah aku penah moto 2 3 bijik hilang....buat report tapi nothing
baru2 ni pakaian dalam family hilang kat ampaian..
sebelum puasa dua kali depa baling pakaian dalam yang depa ambik kat rumah
bungkuih macam bola...
ayah xberani nak bukak taku apa2 kan
buang bakaq dalam api...

baru2 ni mak ada teguQ jangan main mercun..mak cik ada anak kecik nak tidoQ
bila teguQ abeh sabun basuh baju yang letak kat belakang rumah depa tuang sepanjang jalan
ya ALLAH khainat betoila budak2 skunk...

teringat prof.muhaya cakap..kekadang anak2 jadi lagutu sebab parents
xtaula..budak zaman la mak pak pown depa leh sepak terajang...
xtaula hal nie xleh cakap banyak sat g kena kita balik
berdoa jela semoga xjadi lebih teruk...


aPaM PoLkAdOT

Assalammualaikum friends...
hahahahahha (gelak dulu)

actually semalam aku try buat apam polkadot sebab teringin makan n kerajinan membuak2....
so ak try la ikut resepi di bawah:
ak lupa ambek kat blog mana tapi sukatan dia agak senang la..xpayah timbang2

3 biji telor
2 1/2 tepung gandum
baking powder 3 sudu kecik
susu cair saji 3/4 cawan
1 sudu ovelete
1 cawan gula halus
esen vanila
pewarna
beg piping
jem strabery


cara2 buat
1) pukul putih telor hingga kembang
2) masukkan kuning telor, ovelete, gula halus,
3) masukkan tepung yang diayak dengan baking powder selang seli dengan susu cair
4) kemudian asingkan beberapa adunan untuk warna lain2
5) masuk kedalam piping beg and picit dalam mangkuk kertas
6) panaskan periuk betol2 mendidihkan dan letakkan kedalam bekas kukus dan 15 minit siap


xdaaa dah siap....tapikan dia jadi kembang mekar and keras huhuhuhuh
xtau napa....
ceQ kat google akak tu cakap...mungkin sebab terlampau pukul kembang sebab tu dia mekar and keras mungkin sebab api kuat or terlalu lama sejukkan

nanti nak try ag lah huhuhuh

sedey toi...xmenjadi first try



TaZkIrAh @ perInGaTaN

assalamualaikum friends...
 ada tak dengar or terbaca yang larangan beri tazkirah semasa solat teraweh?
sebenarnya aku xsetuju dengan ustaz or mufti yang kuarkan kenyataan ni...
ustaz2 yang bagi tazkirah pown xsetuju...
bukan kita nak tunjuk pandai tapi fikir logikla

dalam al-quran pown ada ayat yang suruh kita saling memperingati....
bulan ramadhan la paling sesuai sebab semua orang berpusu-pusu datang masjid sebab nak dapat keberkatan bulan puasa jadi kenapa perlu larang tazkirah?

11 bulan andai xpernah orang dok peringat
takpernah p masjid
tak pernah dengar ceramah
so apasalahnya bulan ramadhan adakan tazkirah?

kekadang orang yang banyak ilmu pown kita nampak ketidak logikkan dia....
kekadang sebab duit orang boley buta
wallahualam

kita mencari kualiti ramadhan bukan kuantiti ramadhan
memang la bulan ramadhan adalah bulan ibadah
tazkirah pown ibadah
orang yang ikhlas memperjuangkan agama ALLAH diorang akan tau...
aku xcakap aku tapi ustaz2 yang ak dengaQ tazkirah bertahun2..

ni salah satu ayat al-quran yang memperingatkan kita


p/s: maaf andai aku tersalah.....ada ayat yang betol2 menyuruh kita saling memperingati tapi dah lupa ayat yg ustaz selalu sebut...maafkan shaye :)

perKoNgSiAn tAzKiRah

Assalammualaikum...
arini hari ke 13 ramadhan..alhamdulillah semoga kita mendapat keberkatan di bulan ramadhan ini....

hari ni rasa macam nak kongsi tazkirah selama pergi teraweh dekat ustaz sobrimasjid saidina abu bakar as-sidiQ penang...
saya just buat rumusan semua tazkirah yang dengar sebab sometimes tazkirah ini benda yang sama sebab kita kena selalu memperingati....

yang saya ingat sehingga harini di surau ustaz sobri di mana tazkirah nya menyatakan bahawa...

(i) didalam sahur itu ada keberkatan so bangunlah minum walaupown seteguk air.

(ii) cerita pada zaman nabi muhammad s.a.w di mana pada satu hari tu nabi muhammad s.a.w naik tiga anak tangga untuk memberi tazkirah kepada sahabat2..dimana setiap anak tangga beliau akan menyebut amin..amin..amin sehingga anak tangga yang ketiga, kemudian sahabat bertanya kenapa engkau menyebut sebanyak tiga kali amin semasa menaiki tangga sebab sahabat xpernah dengar sebelum ini dan nabi muhammad s.a.w menjawab bahawa jibrail datang di depannya dan mendoakan terdapat tiga golongan yang puasanya tidak diterima ALLAH dan jibrail mendoakan kebinasaannya, antara golongan tersebut ialah:
(a) golongan yang hanya berpuasa perutnya sahaja, anggota yang lain seperti telinga, mata, hati dan mulut dia tidak menjaganya
(b) golongan yang mana apabila menyebut namamu (nabi muhammad s.a.w) tidak berselawat atasmu
(c) golongan yang ketiga ialah golongan yang tidak menjaga kebajikan kedua ibu bapanya semasa mereka masih hidup
kemudian nabi muhammad s.a.w meng'amin'kan doa tersebut...
doa nabi muhammad s.a.w adalah paling makhbul.....

jadi peringatan kepada kita supaya tidak tergolong di dalam tiga golongan ini

sementara tazkirah di masjid abu bakar as-siddiQ
(i) oleh kerana sekarang telah sampai ke fasa-2 iaitu fasa keampunan daripada ALLAH so kita kena banyak bertaubat atas dosa-dosa dahulu...kerana fasa ini ALLAH akan mengampunkan dosa kita
TETAPI...
dengan keredhoaan kedua orang ini
siapa orang itu
orang itu adalah kedua IBU & BAPA kita
tanpa keredhaan kedua ibu bapa perbuatan kita sia2.....

ustaz tu jugak ada menyebut tiga golongan yang kita boley nampak pada tibanya bulan ramadhan
(i) golongan yang gembira dengan kedatangan bulan ramadhan dimana dia melakukan ikhlas mengharapkan keberkatan dan kerehaan daripada ALLAH dan ia akan berterusan sehingga abis ramadhan
(ii) golongan kedua adalah golongan yang hanya mencari malam lailatul Qadar iaitu hanya melakukan pada hari yang mempunyai kepentingan dan golongan ini akan melakukan perkara sebelum ramadhan apabila abis ramadhan
(iii) golongan yang benci bila ramadhan tiba dimana golongan ini masih melakukan dosa, maksiat dan tidak berpuasa

p/s: semoga kita tidak berada di dalam golongan yang dimurkai ALLAH inshaallah
mohon maaf andai tersalah di dalam pernulisan



Tuesday 16 July 2013

Salam Ramadhan

assalamualaikum friends...
harini dah seminggu kita puasa 
alhamdullilah ALLAH bagi peluang merasai bulan puasa pada tahun ni...
cuma mengharapkan segala ibadah yang dilakukan ini diterima ALLAH 
inshaallah amen....

bila tiba bulan puasa mesti kita xkan lupa kenangan puasa masa kecik2 dulukan
he he he
aku pown ada kenangan manis ehh hehehe kenangan masa kecik2 dlu...

dulu aku xingat masa umur berapa aku start puasa 
tapi yang aku ingat masa aku darjah 3 kot
kenangan puasa 
aku bawa makanan masuk bilik...
contoh ayam ka ikan ka aku bawak masuk bilik ha ha ha
ambek time semua orang xdak
masuk bilik ja aku kunci bilik pastu makan cepat2..
segala tulang temulang aku buang kat bawah katil 
hahahaha hodoh betoi perangai
mak dapat tangkap time sapu sampah....
abeh kena marah hahaha
sapa suh xposa kan 

but now alhamdulillah....
xpenah ponteng if tak da keuzuran....

kepada semua selamat berpuasa solat jangan tinggal...


Friday 5 July 2013

Dr.kHoO pAkAr kULIT

assalamualaikum kawan-kawan.....
harini tetiba nak kongsi pengalaman dengan DR.KHOO si pakar kulit di SUNGAI PETANI
dr.khoo ni dah lama popular disebabkan rawatan dia berkesan dan memuaskan hati...
kalau nak p kena p awai pagi sebab kalau p lambat tunggula korang sampai ke petang hehehehe
kalau nasib baik je boley masuk awal

aku penah sekali jela p cuba rawatan dr.khoo
sangat memuaskan and murah untuk golongan masuk aku la hehehehe
masa tu aku dah p banyak klinik, rawatan manual dan sebagainya tapi xok jugak
at last aku terfikir apa salahnya cuba denan rawatan dr.khoo

masalah aku sebenarnya masalah tumbuh satu bijik kat tapak kaki
memang sangat sakit..nak jalan pown xboley
dah lama tahan..aku xsure ketuat ke apa ke tp memang sangat sakit
then aku xingat berapa haribulan
tp time tu aku still student la
ingat lagi p kelas kena pakai kasut tutup
ya allah memang seksa..sakit hanya tuhan ja tau huhuhuh

then aku p ngan mak ayah
p awai dah tu tp petang jugak masuk
pegi sana dia akan minta ic n nombor belakang ic kita as nombot pendaftaran kita
so tunggula sampai giliran aku

then masukla....dr lelaki cina.....
aku xsure tu ka dr.khoo or x hahahaha..xpala
then mula ketaQ dia kata nak bt pembedahan kecilan....adoi dah ketaQ dah neyh
tengok2 aku duduk atas kerusi biasa tu..angat kaki kat dia
dia letak ubat apa ntah bagi sejuk bius kot....
pastu dia cungkil...ha SENANG!!!
siap la pembedahan kecil aku tu hahahaha
xsakit pown...

after that kuar nak ambek ubat sikit untuk sapu
pastu kena bayar RM70.00 sahaja!!!
murah sangat
sebab apa aku kata murah?
sebab aku p tny klinik lain dia suruh bayar rm 200.00 untuk pembedahan kecil
wow sangat mahal..so xjadila..

skunk kaki aku dah okey selamanya
alhamdulillah..ALLAH permudahkan....hehehehe

p/s: lepas ni nak p untuk rawatan muka lak..org cakap rm70 above jugak....xpa untuk kepuasan drpd beli produk beratus2 tapi xdak apa pown huhuhu...doakan aku murah rezeki na..na