Total Pageviews

Monday 22 July 2013

perKoNgSiAn tAzKiRah

Assalammualaikum...
arini hari ke 13 ramadhan..alhamdulillah semoga kita mendapat keberkatan di bulan ramadhan ini....

hari ni rasa macam nak kongsi tazkirah selama pergi teraweh dekat ustaz sobrimasjid saidina abu bakar as-sidiQ penang...
saya just buat rumusan semua tazkirah yang dengar sebab sometimes tazkirah ini benda yang sama sebab kita kena selalu memperingati....

yang saya ingat sehingga harini di surau ustaz sobri di mana tazkirah nya menyatakan bahawa...

(i) didalam sahur itu ada keberkatan so bangunlah minum walaupown seteguk air.

(ii) cerita pada zaman nabi muhammad s.a.w di mana pada satu hari tu nabi muhammad s.a.w naik tiga anak tangga untuk memberi tazkirah kepada sahabat2..dimana setiap anak tangga beliau akan menyebut amin..amin..amin sehingga anak tangga yang ketiga, kemudian sahabat bertanya kenapa engkau menyebut sebanyak tiga kali amin semasa menaiki tangga sebab sahabat xpernah dengar sebelum ini dan nabi muhammad s.a.w menjawab bahawa jibrail datang di depannya dan mendoakan terdapat tiga golongan yang puasanya tidak diterima ALLAH dan jibrail mendoakan kebinasaannya, antara golongan tersebut ialah:
(a) golongan yang hanya berpuasa perutnya sahaja, anggota yang lain seperti telinga, mata, hati dan mulut dia tidak menjaganya
(b) golongan yang mana apabila menyebut namamu (nabi muhammad s.a.w) tidak berselawat atasmu
(c) golongan yang ketiga ialah golongan yang tidak menjaga kebajikan kedua ibu bapanya semasa mereka masih hidup
kemudian nabi muhammad s.a.w meng'amin'kan doa tersebut...
doa nabi muhammad s.a.w adalah paling makhbul.....

jadi peringatan kepada kita supaya tidak tergolong di dalam tiga golongan ini

sementara tazkirah di masjid abu bakar as-siddiQ
(i) oleh kerana sekarang telah sampai ke fasa-2 iaitu fasa keampunan daripada ALLAH so kita kena banyak bertaubat atas dosa-dosa dahulu...kerana fasa ini ALLAH akan mengampunkan dosa kita
TETAPI...
dengan keredhoaan kedua orang ini
siapa orang itu
orang itu adalah kedua IBU & BAPA kita
tanpa keredhaan kedua ibu bapa perbuatan kita sia2.....

ustaz tu jugak ada menyebut tiga golongan yang kita boley nampak pada tibanya bulan ramadhan
(i) golongan yang gembira dengan kedatangan bulan ramadhan dimana dia melakukan ikhlas mengharapkan keberkatan dan kerehaan daripada ALLAH dan ia akan berterusan sehingga abis ramadhan
(ii) golongan kedua adalah golongan yang hanya mencari malam lailatul Qadar iaitu hanya melakukan pada hari yang mempunyai kepentingan dan golongan ini akan melakukan perkara sebelum ramadhan apabila abis ramadhan
(iii) golongan yang benci bila ramadhan tiba dimana golongan ini masih melakukan dosa, maksiat dan tidak berpuasa

p/s: semoga kita tidak berada di dalam golongan yang dimurkai ALLAH inshaallah
mohon maaf andai tersalah di dalam pernulisan



No comments:

Post a Comment